Akaun binabudi.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
WAQAFTANAH

TABUNG WAQAF atau INFAQ PEMBELIAN 2 EKAR TANAH BERNILAI RM2 JUTA

Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI)

https://www.binabudi.wordpress.com

https://www.facebook.com/mybinabudi

"HANYA SERENDAH RM30.00 1 KAKI PERSEGI SAHAJA UNTUK RUMAH DI SYURGA"


Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh  dan Salam Sejahtera kepada Y.Bhg. Tan Sri / Dato / Datin / Tuan / Puan dan para dermawan bakal penghuni syurga yang dirahmati Allah Subhana wa Taala sekelian. 

Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia atau singkatannya BUDI telah ditubuhkan pada 07hb Jun, 2007 no. pendaftaran 0701-06-SEL merupakan sebuah NGO Islam atau Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) yang aktif dan berkembang serta bergerak di arena dakwah Islamiyah, rawatan spiritual Islam, motivasi, kebajikan, pemulihan ar-riqab dan bimbingan kepada seluruh masyarakat Islam di negeri Selangor khususnya dan seluruh Malaysia amnya. 

Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia telah melancarkan TABUNG WAQAF BAGI PEMBELIAN 2 EKAR TANAH YANG BERNILAI RM2 JUTA bermula 24 Oktober 2022 sehingga 24 Oktober 2023 atau sehingga mencukupi RM2 juta.

Waqaf dan Infaq dibuka bernilai serendah RM30.00 bagi 1 kaki persegi melibatkan lebih kurang  66,666 unit waqaf. Untuk pembayaran sila layari :

https://toyyibpay.com/binabudi

https://binabudi.onpay.my




☘️PAHALA INFAQ @ WAKAF☘️


Firman Allah SWT yang bermaksud :

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya". (Surah al-Baqarah: ayat 261)


Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan APA SAHAJA YANG KAMU DERMAKAN MAKA ALLAH AKAN MENGGANTIKANNYA; dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi Rezeki.” (Surah Saba, ayat 39)


Rasulullah SAW bersabda, maksudnya :

“Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu SEDEQAH JARIAH, ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibu bapanya.” (Riwayat Muslim) 


Dalam satu hadis yang lain, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya :

“Infaqkanlah hartamu. Janganlah engkau menghitung-hitungnya (menyimpan tanpa mahu bersedekah). Jika tidak, maka Allah akan menghilangkan keberkatan rezeki tersebut. Janganlah menghalangi anugerah Allah untukmu. Jika tidak, maka Allah akan menahan anugerah dan kemurahan untukmu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)




KELEBIHAN ORANG YANG BERSEDEKAH


PAHALA BERLIPAT GANDA DENGAN BERSEDEKAH

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya". (Surah al-Baqarah: ayat 261)


SEDEKAH BUKTI KEIMANAN KEPADA ALLAH SWT

 Firman Allah SWT yang bermaksud; “Kalian tidak akan mendapatkan kebaikan, sampai kalian infakkan apa yang kalian cintai.” (Surah Ali Imran, ayat 92)

DOSA TERHAPUS DENGAN BERSEDEKAH

Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (Riwayat At-Tirmidzi, 614)


PINTU SYURGA KHAS BUAT ORANG YANG BERSEDEKAH

Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: “Sesiapa yang berinfak (hartanya) sebanyak dua kali di jalan Allah maka dia akan diseru untuk masuk melalui pintu syurga. “Wahai hamba Allah, ini adalah kebaikan.” Sesiapa yang banyak melakukan solat maka dia akan dipanggil (masuk syurga) melalui pintu solat. Sesiapa yang banyak berjihad maka dia akan diseru melalui pintu jihad. Sesiapa yang banyak berpuasa maka dia akan dipanggil melalui pintu puasa. Dan sesiapa yang banyak bersedekah maka dia akan dipanggil melalui pintu sedekah.” (Riwayat Al-Bukhari, 1897 dan Muslim, 1705) 

TIDAK BERKURANG HARTA KERANA BERSEDEKAH

Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.” (Riwayat Muslim, 2588)


ORANG YANG BERSEDEKAH MENDAPAT NAUNGAN PADA HARI AKHIRAT


Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: Tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah SWT pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya. Pemimpin yang adil, pemuda yang menyibukkan dirinya beribadah kepada Allah SWT, seorang yang hatinya selalu terikat dengan masjid, dua orang yang saling mencintai kerana Allah, berkumpul dan berpisahnya kerana Allah, seseorang lelaki yang diajak berzina oleh wanita yang kaya dan cantik, lalu ia menolaknya sambil berkata ‘aku takut kepada Allah’. Seseorang yang bersedekah dengan secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya, serta seorang yang berzikir mengingati Allah dikala sendiri hingga mengalir air matanya.” (Sahih Bukhari, Hadis No 620).

SEDEKAH MERUPAKAN PENAWAR ATAU UBAT KEPADA PENYAKIT

Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: “Bentengi hartamu dengan zakat, ubati penyakitmu dengan sedekah, dan hadapi ujianmu dengan doa". (Riwayat Thabrani)

SEDEKAH MENJAUHKAN DARIPADA API NERAKA

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Jauhilah api neraka, walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma." (Riwayat Ahmad) 

Semoga kita semua dikurniakan Allah SWT pelbagai ganjaran atas asbab dengan berwaqaf/bersedekah serendah RM30.00 sahaja. Apa tunggu lagi, pelbagai ganjaran dijanjikan oleh Allah SWT dan menanti di syurga.


Hebahkan dan sebarkan info ini kepada ahli keluarga, sahabat handai dan group di media sosial. Setiap mereka yang berwaqaf/berinfaq atas sebab info daripada anda, insyallah sudah pasti anda akan menerima pahala juga. Kongsikan alamat berikut: 


https://toyyibpay.com/binabudi

https://binabudi.onpay.my 


Semoga Allah SWT hidayatkan kita pelbagai jalan kebaikan menuju redha Ilahi hingga syurga ganjaran yang diperolehi. Amin Ya Rabbal Alamin.



Sila bank in online ke akaun:  

PERSATUAN KEBAJIKAN BINA BUDI MALAYSIA 

26208100010309 RHB




LAFAZ AQAD

Bismillahirrahmanirrahim

Saya bersetuju mewaqafkan atau menginfaqkan sebanyak RM (JUMLAH WAQAF / INFAQ) berjumlah (JUMLAH UNIT / LOT) unit/lot (RM30.00 1 kaki persegi) untuk (DIRI SENDIRI / IBUBAPA / AL-MARHUM / AL-MARHUMAH / LAIN-LAIN) kerana Allah SWT.



*Nota: Saya bersetuju sebahagian sumbangan akan digunakan bagi tujuan pelbagai pengurusan tanah waqaf dan lain-lain keperluan yang berkaitan. Saya juga bersetuju sekiranya ada lebihan wang tunai akan digunakan untuk tujuan pelbagai program pembangunan dan aktiviti yang berkaitan.